Thursday 28 February 2013

Rabbit Village d'Muar

Bersandarkan nama, memang Rabbit Village d'Muar berlokasi di Muar... lebih tepat lagi;

No. 169-1 Pt No. 4  Jalan Yusof
Pt Yusof 83600 Muar, Johor
En. Azhan (+6012-7123559)
En. Zahid (+6019-3500193)

Tapi ladang arnab yang saya lawati semalam bukan di Muar, tapi ladang cawangan mereka yang letaknya di Sepang.... lokasinya betul-betul bersempadan di antara Sungai Merab, Kajang-Putrajaya. 

Ladang di Sepang lebih kepada tujuan pembiak-bakaan dan penyelidikan... dan sememangnya kunjungan saya and the gang ke sini untuk menjalin kerjasama penyelidikan dengan pihak Rabbit Village d'Muar.... Manakala ladang mereka di Muar, Johor merupakan pusat utama pembiak-bakaan, pemasaran, latihan dan juga rekreasi.

Mari kita tinjau ladang mereka.....omputih kata lets pix do the talking.....

Jambatan kecil menuju kandang arnab... kelihatan dari jauh En. Azhan dan En. Zahid menunggu kehadiran kami dari Shah Alam.

Landskap di persekitaran ladang... ladang ini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.... dalam ladang arnab itu sendiri dipenuhi dengan pokok buah-buahan seperti manggis dan durian.... menyediakan suasana redup dan nyaman, sesuai untuk pembiak-bakaan arnab.

Comel-comel semua.... bila jadi lauk menyelerakan.... hehehehe. Ini arnab2 yang dibiakkan untuk dijual dagingnya. Ada juga arnab yang dibiak untuk tujuan haiwan peliharaan tapi tidak banyak kerana main core bizz Rabbit Village d'Muar adalah arnab pedaging.

Nampak si kecil kemerahan tu.... anak arnab yang baru dilahirkan. Masih togel tanpa bulu, ada orang kata.... orang kata ye bukan saya yang kata, makan anak arnab yang masih merah lagi bagus, kerana kandungan protein yang tinggi... erk!!!!

Antara khasiat daging arnab... cuba lihat khasiat paling last tu!!!! Terselit juga... hehehe

Makan nasi berlaukkan.... bukan daging arnab tapi ikan dan ayam percik di Rasa Food Court, Alamanda Putrajaya. Lepas meeting dengan pihak Rabbit Village d'Muar kami singgah makan tengah hari di Alamanda sebelum kembali ke Shah Alam.

4 comments:

  1. nak tanya , cmmne nak cari tukang buat kandang arnad area muar?
    nombor tuk contact dy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba contact pemilik Rabbit Village dMuar, nombor ada dalam entry di atas, Inshaa Allah mungkin beliau boleh membantu.

      Delete
  2. Nak tanya, kalau kita nak datang saja saja. Perlu contact dengan orang berkenaan? Saja nak tgk arnab. Sebab suka hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat arnab ye. Rasanya elok contact owner dulu, kut la tak available pada hari berkenaan etc.

      Delete