Lepas parkir kereta mesti snap pix gambar tiang, takut lupa lokasi kereta.
Penerbangan kami dalam jam 11 dan kami masih ada banyak masa. Jadi jalan2 pusing KLIA window shopping dan sarapan dahulu di Food Garden KLIA. Walau sudah bertahun menggunakan khidmat penerbangan yang berpusat di KLIA, tidak pernah sekali pun saya bersarapan di Food Garden, sangka saya harganya pasti mahal, rupanya sama dengan food court yang biasa terdapat di mana2 shopping complexes.
Dekorasi dalaman sempena tahun baru.
Hidangan pagi saya bersama segelas teh tarik.
Sudah menjadi kelaziman saya untuk berulang alik ke tandas sebelum menaiki penerbangan, dan juga sesudah menjamah hidangan.... hehehehe.
Urusan daftar masuk di KLIA makin mudah, hanya menggunakan kiosk. Tapi kalau ada luggage kena beratur di kaunter juga untuk drop in. Selesai daftar masuk dan drop in luggage, kami berpusing-pusing dalam KLIA sementara menunggu waktu penerbangan. Snap pix sana sini.... dan sempat juga membeli sebuah buku biografi pengasas Yayasan Al-Bukhary, Syed Mokhtar Al-Bukhary. Membaca biografi beliau membuatkan saya makin kagum dengan ketabahan dan kehebatan salah seorang Tokoh Maal Hijrah kita ini.... hmmm, nanti ada masa saya review biografi beliau.
Setengah jam sebelum waktu penerbangan kami gerak ke balai berlepas... sekali berbunyi pula metal scanner sewaktu melalui security check point. Rasanya tak ada apa2 kat badan... tulang besi urat dawai agaknya. Jadual penerbangan MAS menepati jadual seperti biasa. Cuma cuaca agak kurang memuaskan, cerah pada awalnya tapi kain kelam diikuti dengan awal tebal lagi hitam sebaik memasuki ruang udara Borneo. Penerbangan yang tenang sejak awalnya menjadi sedikit seperti roller coaster.... hehehehe
Sebuah pesawat MAS berlatarbelakang langit yang membiru.
Pandangan dari dalam pesawat.... manusia bisa terbang di awan biru....
Menu yang saya pilih sewaktu penerbangan tersebut... nasi beriyani dan kari ayam.
Langit makin kelam dan hitam sebaik memasuki ruang udara Borneo.
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki semula ke bumi bertuah.
Selamat mendarat di Kota Kinabalu kira2 jam 3.30 petang. Lokasi pertama yang dituju adalah Centre Point untuk membeli sedikit barang keperluan. Disebabkan dua hari lagi adalah Christmas, suasana di Centre Point dan juga mana2 shopping complex di Kota Kinabalu kelihatan meriah dengan masyarakat setempat yang sibuk membeli-belah sebagai persediaan Christmas. Kedai2 telekomunikasi dipenuhi remaja dan juga orang dewasa yang sibuk memilih smartphone.... unik sekali cara sambutan Christmas kini. Kemudian kami tujui pula Anjung Perdana di Tanjung Aru untuk makan malam.
Kedai-kedai dipenuhi pengunjung yang sibuk memilih gajet2 sempena Christmas.
Lokasi kami untuk makan malam sejurus menjejakkan kaki di Kota Kinabalu.
Unik sekali cara pemilik gerai ini menyusun stok buah-buahan untuk dibuat jus.
Hidangan pertama yang kami bedal adalah kepak dan montot ayam bakar.
Disusuli dengan nasi goreng cendawan... di Sabah setiap hidangan mesti disertakan dengan semangkuk kecil sup.
Segelas besar jus tembikai membuatkan perut saya kembang serta kembong.
Satu benda yang kami lupa adalah, perkhidmatan kenderaan awam agak sukar didapati menjelang Christmas. Ini kerana semua orang hendak pulang ke kampung. Kami juga sepatutnya bercuti ke kampung di Tenom, tapi tiket bas untuk hari tersebut telah sold out. Hanya pagi esok baru ada, jadi kami kena cari hotel untuk bermalam di Kota Kinabalu. Ada banyak hotel tapi klu sekadar untuk tidur sementara menanti hari esok... esok murah pun lebih dari bagus.
Hotel yang kami inap pada malam tersebut terletak di Bandaran, agar mudah untuk kami menuju ke stesen bas untuk ke Tenom yang mana lokasinya juga di Bandaran. Ada banyak hotel disekitar Bandaran tapi kami pilih Hotel Century yang akan saya review dalam bahagian berikutnya.
No comments:
Post a Comment