Sunday, 13 January 2013

Percutian Ke Melaka | Mini Malaysia

Pusat tumpuan pelancong ke Melaka agak sesak termasuklah sekitar Zoo Melaka dan Mini Malaysia. My bro & family baru selesai lunch masa kami tiba di perkarangan Mini Malaysia. Kami pula belum ada selera untuk makan, jadi terus saja jenguk Mini Malaysia yang masih belum saya jejaki.... kawasan Noraniza Idris ni.... Thanks to my bro kerana sudi sponsor tiket masuk kami.


Entrance ke Mini Malaysia & Mini Asean

Kebetulan sewaktu kami tiba, persembahan oleh kumpulan kebudayaan hampir bermula. Jadi kami terus ke Pentas Teja yang terletak tidak jauh dari pintu masuk. Pengunjung tidak ramai dan tempat duduk tidak penuh. Persembahan dimulakan oleh sekumpulan penari wanita berpakaian kebaya nyonya... ketat dan sendat.... terserlah kemontokkan montot masing2.... hahahaha...... cerah mata kami penonton lelaki.

Pembukaan oleh 4 penari wanita yang montok2... tak boleh nak zoom daerah kemontokkan  sebab lupa bawa DSLR, hanya snap guna Samsung S3


Masing2 kusyuk  melihat persembahan.... makin kusyuk bila penari wanita menayangkan montot ke arah penonton.... hahahahaha

Persembahan kemudian disertai pula oleh 6 penari lelaki. Potong syetim sungguh....Bukan diskriminasi tapi hazab yang amat... bukan tak berbakat... bakat tu ada. Tapi kenapa penari lelaki lebih lembut dan lentuk berbanding penari wanita.... Cara melentik tu ya ampun, penari wanita pun tak selentik itu.... haw haw haw.....datang dugal aku tengok lelaki lembut menari... maaf statement ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja.



Persembahan oleh 4 penari wanita yang montok disertai oleh 5 penari lelaki yang hazab nan ado (pandangan peribadi penulis sahaja....)

Terhibur juga kami dengan persembahan mereka.... tetiba teringat akan Noraniza Idris, dulu dia yang uruskan Mini Malaysia ini, masih beliau lagi kah? Terbaca dalam satu artikel hiburan lama dahulu, menurut Noraniza Idris, cara beliau memilih penari wanita terutamanya mestilah berbanding langsing dan kelihatan montok (maksudnya montot kenalah munggil dan sedikit tonggek).... tapi bagaimana pula kriteria memilih penari lelaki? Hehehehehe......



Si cilik beraksi dipentas disamping penari Taman Mini Malaysia... bapak si cilik pun hingin juga tapi takot mak si cilik naik hangin!!!! haw haw haw

Persembahan diakhiri dengan para penari menjemput para penonton turut sama beraksi di pentas. Kebanyakkan yang sporting adalah si cilik... tertonggeng-tonggeng beraksi di pentas. Terhibur dengan kaletah mereka yang melucukan....

Bergerak kami sebaik persembahan selesai, sekadar menjenguk persekitaran Mini Malaysia yang suatu ketika dahulu menjadi salah satu mercu dan kebanggaan pelancongan Melaka dan Malaysia. Realiti kini... kelihatan terbiar dimamah usia. Kelihatan ada beberapa usaha untuk membaik pulih beberapa replika rumah traditional Malaysia.... usaha murni tapi rasanya faktor kos semacam membantutkan perancangan. Seperti semua sedia maklum, Mini  Malaysia & Asean menempatkan replika rumah2 tradisi setiap negeri di Malaysia dan juga replika rumah2 di negara ASEAN. Walau namanya replika, rumah2 tersebut dibangunkan dengan saiz sebenarnya.

Replika rumah Sabah.... tak nampak pun walau sering ke Sabah

Rumah Kelantan.... begini rupanya rumah nenek moyangku dahulu kala

Rumah Terengganu.... kopok lekor sepinggang mok cik!!!!!!

Sedikit rasa terkilan dengan keadaan semasa Taman Mini Malaysia, kami berinut (bahasa Sabah bermaksud berundur dahulu) untuk ke destinasi berikutnya. My bro & family hendak ke Sungai Melaka menaiki bot, tapi kami husband and wife rasanya mahu pulang ke hotel sahaja untuk berehat. Kami berpecah mengikut haluan masing2.

Dalam perjalanan pulang menuju hotel, sempat singgah di Carte Tom Yam @ Restoran Ikan Bakar Malim untuk makan malam awal. Lokasinya berhampiran MITC. Nak makan ikan bakar tapi sold out (jam baru 6 petang).... jadi kami order sahaja tomyam seafood, sotong masak merah, telur dadar dan kangkung goreng belacan.... kekenyangan kami. Tapi malamnya saya turun dinner lagi dengan keluarga my bro. My wife dah tak mahu turun dari hotel.... kenyang bercampur penat.... haw haw haw.

Hidangan malam kami husband and wife di Carte Tom Yam @ Restoran Ikan Bakar Malim

Keesokkan paginya awal2 lagi kami bangun dan bersiap2. Salam lebih kurang dengan my bro & family kami gerak ke KLIA mengambil penerbangan ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Memang singkat sungguh percutian kami ke Melaka disebabkan kesuntukkan masa. Lebih kepada menyinggah berbanding bercuti, tak apalah. Ada rezeki kami datang lagi Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment