Monday, 21 January 2013

Trip Sehari Ke Cameron Highland

Usai sarapan, kami satu keluarga bertolak ke Cameron Highland. Kami pun sudah lama tak ke sana, hampir 5 tahun. Kali terakhir sewaktu anak sulung kami berusia 3 bulan, kini dia sudah memasuki alam persekolahan. Trip pendek sahaja, balik hari dan kami tiada niat untuk bermalam.


Seperti dahulu, saya lebih selesa menggunakan laluan Tapah-Cameron Highland dan bukannya Simpang Pulai-Cameron Highland. Laluan agak sempit berbukit bukau dan bagai ular kena palu, tapi saya sukakan pemandangan di sepanjang laluan, serta keunikan kehidupan masyarakat orang asli yang boleh ditemui sepanjang perjalanan.



Jika dahulunya (5 tahun nan lampau) masyarakat orang asli yang membuka bangsal kecil untuk berniaga disepanjang laluan Tapah-Cameron Highland hanya menjual hasil2 hutan seperti buah2an, petai, madu dan sebagainya. Kini sudah ditambah dengan pelbagai hasil kraftangan yang tidak kurang cantiknya. Nampaknya ada pembaharuan dan sedikit kemajuan....



Lata Iskandar, seperti biasa kami tak singgah walau anak2 menangis2 mahu singgah main air. Rasa macam berbahaya pula untuk anak2, lagipun sepanjang laluan penuh dengan kereta dan gerai2 menyebabkan keadaan menjadi seperti sesak. 



Persinggahan pertama kami adalah di Bharat Plantation. Macam agenda wajib dari dulu, asal naik CH mesti singgah Bharat untuk pekena teh tarik. Teh tarik Bharat nak kata sedap tak juga, tapi pengalaman minum teh di tanah tinggi yang buat rasa mesti singgah. Hirup teh panas sambil menikmati keindahan dan kehijauan ladang teh Bharat yang seluas mata memandang. 



Sayup2 dibawah boleh nampak air terjun buatan, anak2 mula merengek nak turun. Dari cafe Bharat yang terletak di tepi jalan, rasanya agak jauh juga untuk turun ke bawah, hingga ke air terjun buatan tersebut. Masa turun ok, tapi masa nak naik semula semput juga. Sepanjang laluan tersebut tumbuh subur pokok2 teh nan menghijau. Ramai pengunjung yang posing sakan, buat2 ala pemetik daun teh.



Bharat Plantation kami tinggalkan, saya pandu kereta sampai ke hujung, menghampiri simpang ke laluan baru Simpang Pulai. Ternyata Cameron Highland makin membangun. Banyak hotel2 baru dan juga kebun2 baru disepanjang laluan... mungkin ini penyumbang kepada makin meningkatnya suhu di Cameron Highland?



Tempat kedua kami singgah Bee's Farm. Bangunan utama setinggi 4 tingkat dan dibelakangnya ada ladang lebah... masuk adalah percuma. Disini juga letaknya maze yang dikatakan terbesar di Malaysia menurut si pemilik, Wallahuallam.



Di Bee's Farm juga kami sempat membeli sedikit sayur-sayuran dan buah2an. Menariknya ada dijual buah jambu berperisa strawberry dan jambu berperisa apple. Lebih tepat lagi jambu batu bersalut strawberry dan juga apple. 



Kemudian bila masuk waktu Zuhur singgah sekejap di Hentian Kea Farm untuk solat dan makan tengah hari. Sudah solat dan perut pun terisi, singgah pula di Taman Pengisytiharan... lupa nama penuhnya, yang ada clock tower tu.... singgah pun sebab anak2 nak main2 kat situ. 



Hampir lewat petang baru kami gerak turun dari CH, pun ikut laluan Tapah.... sebabnya nak singgah satu kedai makan kat pekan Tapah. Lokasinya betul2 tepi jalan, belakangnya Masjid Ar-Rahman Tapah. Dulu makanannya sedap tapi kini making hilang pula bisa rempah ratusnya. Pesaing disebelahnya pun sudah bungkus.... kurang persaingan makin kurang sedap?



Menembak di Bharat Plantation, lokasi air terjun buatan. Ini sahaja sisa pix yang tinggal, yang lain terDELETE secara tidak sengaja.

Masjid An-Nur di Ringlet, letaknya di atas bukit... kami singgah di sini untuk solat Asar.

Pekan Ringlet dari arah Masjid An-Nur.


Kedai makan yang saya maksudkan di Pekan Tapah. Lokasinya hanya disebelah Masjid Ar-Rahman Tapah, dipisahkan oleh satu longkang besar.

Antara masakan yang ada.

No comments:

Post a Comment