Tuesday, 29 January 2013

Trip Ke Taiping Bandar Warisan Part 2 ~ Kamunting dan Batu Kurau, Menjejaki Sahabat Lama MyFIL.

Usai solat Zuhur di Masjid Kamunting, kami singgah makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar MM Ibrahim yang letaknya tidak jauh dari Masjid Kamunting. Memang kena dengan selera Si Bongsu (QM) yang sememangnya peminat gulai kari. Berselera dia makan manakala kami yang lain juga makan dengan lahap... bukan kerana sedap tetapi kerana masing2 telah kelaparan. Bekalan yang dibawa dari rumah kami simpan untuk makan malam nanti.


Gulai kambeng nampak sedap tapi risau akan tekanan darah tinggi saya ambil lauk hati ayam sahaja.

Alhamdulillah dengan rezeki tengah hari kami, perjalanan diteruskan menuju Batu Kurau untuk menjejaki sahabat lama FIL & MIL yang bersama2 bertugas dalam tentera di zaman komunis dahulu. Khabarnya beliau tinggal di perkampungan yang letaknya betul2 dibelakang Balai Polis Batu Kurau. Jaraknya Batu Kurau dari Masjid Kamunting tidak jauh, kira2 setengah jam perjalanan. Setibanya kami di Batu Kurau, sahabat lama FIL saya itu terus kami jejaki berpandukan perkampungan di belakang balai polis.



Puas kami bertanya orang ramai... penjual kuih, orang kampung, penjaja air batu campur hatta tukang jahit.... hehehe namun tiada yang kenal siapa itu Tahirin Si Askar Pencen. Hampa juga FIL & MIL kempunan mahu ketemu sahabat lama, tiada rezeki. Mungkin kami cari di tempat yang salah kerana menurut penduduk setempat ada satu lagi tempat yang namanya juga Batu Kurau, kira2 sejam perjalanan dari Balai Polis Batu Kurau. Atau mungkin beliau telah berpindah atau dikenali dengan nama yang lain oleh masyarakat setempat? wallahuallam, Inshaa Allah jika ada rezeki beliau akan kami jejaki lagi di lain siaran.



Dibelakang balai polis inilah dikatakan letaknya rumah Tahirin Si Askar Pencen tapi beliau gagal kami jejaki.

Buntu dimana lagi patut kami mengadu nasib, keputusan diambil untuk kembali ke Bukit Merah Laketown untuk urusan daftar masuk. Mahu minta bantuan Persatuan Bekas Perajurit Cawangan Batu Kurau, pejabat mereka ditutup sempena cuti Thaipusam (atau memang ditutup terus kerana keadaan pejabat yang cukup uzur dan kusam).



Perjalanan dari Batu Kurau ke Bukit Merah melalui perkampungan tradisional melayu dan juga ladang kelapa sawit. Berpandukan PapaGo kami tidak menghadapi masalah untuk tiba ke destinasi kami iaitu Suria Apartment Bukit Merah.



Papan tanda ini menunjukkan kami berada di laluan yang benar.

Sekian untuk kali ini, entry yang seterusnya akan mengimbau kembali pengalaman kami menginap di Suria Apartment Bukit Merah.

No comments:

Post a Comment