Monday, 14 January 2013

Balik Sabah Part 2 ~ Century Hotel



Century Hotel
Lot 22, Jalan Bandaran Berjaya
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-242 222

Kami tiba di bumi Sabah 2 hari sebelum perayaan Christmas. Semua keperluan hampir sold out termasuklah tiket balik kampung. Hampir lupa Sabah/Sarawak mempunyai ramai penganut Christian, jadi bila menjelang Christmas, suasana tak ubah seperti menjelang Aildilfitri di Semenanjung. 

Percutian kali ini kami bercadang hanya untuk menghabiskan masa di kampung, iaitu di Tenom. Masalahnya tiket bas Tung Ma Nui Luk (otai perkhidmatan bas Kota Kinabalu-Keningau-Tenom) sold out dan hanya ada untuk pagi esok, sehari sebelum Christmas. 

Jadi kami terpaksa bermalam di Kota Kinabalu terlebih dahulu. Kami memilih untuk menginap di sekitar Bandaran sahaja sebab berhampiran dengan perhentian bas dan teksi. Senang pagi esok jalan kaki sahaja ke hentian bas dari hotel. Ada banyak hotel sekitar Bandaran..... dari sekadar rumah tumpangan sehinggalah bertaraf 3 bintang.

Badan pun penat, kami tak cerewet mana dalam memilih hotel, sekadar untuk tidur semalaman sahaja. Mana yang nampak itu yang kami akan daftar masuk. Rezeki Century Hotel dapat kami sebagai pelanggan, itu pun sebab adik ipar & partner (bakal adik ipar @ saluwoi -betul ke eja ni....) drop off kami depan hotel tersebut.

Kalau lihat Century Hotel dari luar, kira otai juga sebab memang dah lama. Masuk dalam rasa macam daftar masuk di China Town pula. Pengaruh Hong Kong betul Century Hotel ni. Tanya bilik, masih ada kosong.... bilik standard/deluxe twin dengan harga RM100 semalaman. Lihat di website hotel cuma RM80-90 semalaman. Surcharge sempena musim cuti sekolah dan perayaan agaknya.

Kaunter daftar masuk, disebelahnya ada restoran... konsep Hong Kong habis....

Walau hotel lama, Century Hotel ini menjadi tumpuan pelancong untuk menginap terutamanya pelancong asing. Mungkin sebab kadarnya yang murah pada standard mereka dan lokasinya yang agak strategik. Kami bertembung dengan seorang pelancong asing berbangsa Eropah, dari cara perbualannya dengan staff hotel, rasanya dah berbulan dia tinggal di sana.

Kembali kepada kisah kami, bilik kami di tingkat 4, kena guna lif.... tapi lif dia pun otai juga. Berbunyi dan bergegar2 nak sampai ke tingkat 4.... hahahaha. Laluan ke bilik agak sempit, dinding pun nampak dimamah usia tapi persekitaran agak bersih. Tua tak apa yang penting bersih dan selamat.

Bilik kami, nombor 450.... 

Lupa nak ambil pix, key-chain bilik hotel pun yang jenis otai juga. Kalau reader masih ingat, key-chain yang macam anu lelaki tu... batang dia panjang kemudian di hujungnya ada struktur separa bulat macam testis... haw haw haw.....

Masuk saja bilik terserlah ke'otai'an Century Hotel. Perabot semua dah berusia, agaknya dari tahun 80-an lagi. Letak punggung kat tilam mahu tenggelam separuh badan... statement melampau tapi nak cakap hotel ini memang dah berusia. Bilik air walau pun bersih tapi nampak karat di sana sini pada lantai dan dinding.

Tilam dia besar, satu katil selesa untuk seorang manakala satu lagi boleh muat 2 orang. kat atas TV ada satu tingkap kecil... kecil yang amat.

Keperluan bilik mandi disediakan... cukup untuk keselesaan.

Penghawa dingin pun ada dan masih berfungsi dengan baik. TV pun masih berfungsi walau macam dah lama. Mungkin terlampau penat kami tidur lena walau tilam tidak seberapa selesa. Paling utama tilam tersebut bersih dan tiada tanda kami digigit pepijat keesokkan harinya... hehehehe.

Kalau nak makan boleh order dengan hotel. Ada menu di bilik, telefon saja staff bertugas tapi kami makan di luar saja. Sebab disekitar hotel ada banyak kedai makan, halal tanpa sijil Jakim dan juga non-halal.... tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment