Tuesday, 8 January 2013

Kinohimitsu Japan 69-M Drink


Ada banyak produk Kinohimitsu sebenarnya seperti J'pan Beauty Drink, J'pan UV-Bright Drink, J'pan BustUp Drink, J'pan D'Tox Juice dan sebagainya mencakupi bagi tujuan kesihatan umum, kecantikan lelaki dan juga wanita serta atas tujuan detoksifikasi. 

Apa yang hendak saya kongsi di sini adalah berkenaan dengan Kinohimitsu J'Pan 69-M Drink, minuman khusus untuk kesihatan reproduktif lelaki dan juga penambah tenaga. Mula mencubanya kira2 sebulan yang lepas selepas diperkenalkan oleh my other half.

Hasilnya, amat memuaskan walaupun pada mulanya saya agak skeptikal tambah lagi dengan harganya yang sedikit mahal bagi saya, RM115 sekotak (10 botol x 50 ml). Tapi bagi mencapai kesihatan yang baik, pasti kena melabur dulu kan....

Rasa makin bertenaga dan mata kurang mengantuk masa memandu (saya memandu 180 km sehari pergi balik 5 hari seminggu, keluar rumah jam 5 pagi dan balik jam 8 malam). Kalau dulu nak buka mata awal pagi pun seksa, balik rumah terus nak tidur sebab kepenatan. Kekadang tengah memandu pun mata hampir terlelap.

Kini beransur-ansur berubah. Makin senang nak bangun tidur, penat bekerja sampai lewat malam pun masih ada sisa tenaga dan masa memandu walau badan penat pun masih boleh memberi sepenuh tumpuan di atas jalan raya. 

Apa kandungan Kinohimitsu 69-M Drink? Ia terdiri daripada adunan semulajadi yang dikatakan mampu membekalkan tenaga tambahan. Antaranya;

Maca (Lipidium peruvianum) - meningkatkan imunisasi badan, memenuhi sebahagian keperluan mineral, meningkatkan kualiti sperma dan juga memperbaiki ereksi (harder erection and long lasting.... hehehehe)

Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) - meningkatkan libido atau keinginan syahwat dengan cara meningkatkan penghasilan testosterone iaitu hormon berkaitan seksualiti lelaki.

Cordyceps sinensis - sejenis fungi (bahasa mudahnya kulat) dikatakan mampu memulihkan serta menambah tenaga/stamina dan menyerap tekanan mental serta fizikal.

Red clover (Trifolium pretense) - sejenis bunga herba yang berasal dari Eropah, Asia Barat dan Barat Laut Africa ini dikatakan (dibuktikan secara saintifik juga.....) mampu menghalang pembengkakan kalenjar prostat.

Tumeric/kunyit (Curcuma longa) - menurunkan paras LDL atau kolesterol jahat dan menurunkan paras kolesterol dalam aliran darah (kandungan tinggi kolesterol dalam darah boleh mengganggu aliran darah ke zakar, ereksi menjadi kurang mantap).

Oyster - membekalkan sumber zink. zink diperlukan dalam penghasilan hormon testosteron.

Cara pengambilan senang sahaja. Sebagai permulaan kena minum sebotol sehari (50 ml) selama 6 hari berturut-turut (saya minum sampai 10 hari berturut-turut). Kemudian boleh dikurangkan kepada setiap 3 hari. Rasanya seperti minum jus perasa kunyit... tak adalah teruk mana.... bila sudah biasa rasa lazat juga.... hehehe

Nota kaki: Ini bukan promosi atau iklan bagi mana2 pihak.... penulisan ini hanyalah catatan peribadi saya sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerugian yang timbul hasil pengambilan minuman ini bagi pihak anda.

2 comments: