Awal subuh lagi MHD dan QM telah bangun dan mengetuk pintu bilik kami. Tujuannya untuk mengajak kami mandi pagi di kolam Suria Apartment.... hahahaha. Usai solat Subuh, kami sembang2 di bilik sebelum turun ke Colours Restaurant untuk sarapan. Kami merupakan pengunjung pertama turun sarapan. Disebabkan hanya 4 kupon sarapan disediakan, kami membuat pembayaran tambahan untuk MHD dan QM... tak mahal manapun sebab usia mereka. Tambahan pula petugas bermurah hati untuk membenarkan salah seorang daripada mereka bersarapan secara percuma. Jadi kami hanya perlu tambah RM15.10 bagi mereka berdua.
Petugas Colours yang bermurah hati membenarkan salah seorang dari MHD dan QM bersarapan secara percuma.
Pilihan menu tidak banyak... ada nasi minyak, ayam masak kicap, meehun goreng, sausages, telur dadar, roti bakar, bijiran, buah-buahan dan juga minuman panas dan jus.
Saya hanya bersarapan dengan semangkuk bijirin dan segelas jus mangga.
Santapan FIL.
MHD bersarapan dengan hati yang berbelah bagi... dalam kepalanya cuma satu, mandi kolam.... hahahaha.
Kualiti makanan di Colours amat memuaskan walau tidak banyak pilihan. Saya sendiri tidak banyak makan, walau pada lazimnya saya akan melantak sakan bila bersarapan dimana2 hotel. Selesai bersarapan, masing2 bergegas naik ke bilik terutamanya MHD dan QM. Tanpa membuang masa mereka terus melakukan aksi Transformers ke swimming suit untuk mandi kolam.... gelojoh sungguh, makanan pun masih belum turun ke perut.
Walau cuti umum keadaan tidaklah sesak mana... jadi amat selesa untuk mandi manda. Persekitaran kolam mandi juga kelihatan cukup bersih dan terjaga. Cuma tiada petugas keselamatan kelihatan.
MHD dan QM kalau berpeluang mandi kolam memang tak akan puas. Sejam dua memang tak cukup. Lompat sana loncat sini kegirangan. Jenuh kami memujuk mereka untuk naik... terpaksa digula-gulakan dengan percutian ke Terengganu pertengahan Februari nanti. Walau saya sendiri masih belum puas mandi... hehehe.... kena naik juga kerana kami bercadang untuk daftar keluar sedikit awal.... risau juga kalau2 jalan raya sesak sepertimana kebiasaan cuti umum yang panjang.
Sejurus daftar keluar, kami singgah sekejap di Bukit Merah Waterpark sekadar untuk meninjau dan mengambil gambar. MHD dan QM mati2 ingatkan yang kami akan berhibur di taman tema. Keseronokkan terbayang bila saya bawa mereka meninjau kawasan pintu masuk waterpark. MHD sibuk meminta izin untuk bermain ATV manakala QM pula merayu-rayu dibenarkan bermain kereta elektrik dalam pusat hiburan... kesian pula bila mereka siap menangis2 bila mengetahui kami hanya singgah sekejap... Si Bongsu siap berdoa minta dimakbulkan hasratnya untuk berhibur di waterpark. Hmmmm, Inshaa Allah ada rezeki kami akan kembali.
Kemudahan di Bukit Merah Laketown Resort.... Inshaa Allah ada rezeki kami akan kembali, lebih2 lagi untuk memenuhi hasrat dan impian MHD dan QM.
Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca pengalaman kami ke Bukit Merah Laketown Resort.
No comments:
Post a Comment