Monday, 14 January 2013

Balik Sabah Part 4 ~ Tang Dynasty Park Hotel


Tang Dynasty Park Hotel @ nama lamanya Hotel Ujana Tang Dynasty
TL 147 Jalan Belia
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-222 999

Hampir 2 minggu di Tenom, tiba masa untuk pulang ke KL @ keh hel kata my son. Rumah mertua di Kota Kinabalu telah disewakan kepada orang lain jadi setiap kali perlu bermalam di KK, hotel menjadi istana hinggap. Anak2 kami pun memang suka sesekali tidur hotel, kami pun suka... hehehe

Kali ini kami cuba menginap pula di Tang Dynasty Park Hotel atau nama lamanya yang masih terpampang pada lobi hotel, Hotel Ujana Tang Dynasty. Hotel ini sering menjadi persinggahan bagi staf kerajaan yang out station ke Kota Kinabalu. Sering kali fully booked terutamanya di musim perayaan. Cuma pada kali ini kami berhasil daftar masuk.

Kumpulan Tang Dynasty mempunyai beberapa rangkaian hotel di seluruh Sabah, 3 di Kota Kinabalu, masing2 sebuah di Sepangar, Sandakan dan Tuaran. Harga bilik bagi kami amat berpatutan, jadi tidak hairanlah jika hotel ini sering penuh dan menjadi pilihan ramai. Bilik yang kami daftar masuk berharga RM120/nite untuk bilik Deluxe Family.

Lokasi Tang Dynasty Park Hotel... hanya di pinggir Bandaraya Kota Kinabalu

Harga bilik sehingga 31/12/2012... out-dated tapi harga semasa rasanya tak jauh beza.

Rangkaian hotel milik kumpulan Tang Dynasty.

Kalau tak salah saya, kad kredit tidak boleh digunakan sewaktu daftar masuk... hanya wang tunai sahaja diterima. Pelik kan polisi hotel ini... sila betulkan jika saya salah. Satu lagi kekurangan hotel ini sewaktu kami daftar masuk, staf yang melayan semacam lokek dengan senyuman....  mungkin staf berkenaan sahaja dan saya tak bermaksud staf lain juga sedemikian.

Proses daftar masuk tak mengambil masa yang lama memandangkan hanya beberapa pelanggan sahaja yang berurusan pada masa yang sama dengan kami. Cuma kami tercari-cari bellboy untuk membantu membawa beg kami yang agak banyak..... tapi tak kelihatan dan kami juga lupa untuk bertanya pada kaunter. Tapi biasanya bellboy yang akan tunjukkan muka bila melihat pelanggan dengan beg yang berbondong-bondong ye tak?

Melangkah ke bilik, hati rasa lega sebab keadaan bilik amat berbaloi dengan harga yang dibayar. Saiz bilik agak besar untuk kami yang seramai 4 dewasa dan 2 kanak2. Karpet kelihatan bersih, saiz katil juga cukup besar untuk keselesaan. 

Koleksi nombor bilik yang pernah kami inap....

Saiz katil cukup selesa untuk 3 orang... yang lain tidur kat lantai.... hehehehe

Keperluan harian yang disediakan pihak hotel...

My sons suka main pengering rambut yang ada kat bilik air... huhuhuhu

Kalau anda mempunyai kereta sendiri, kedudukan hotel ini tidak jauh dari pusat bandar. Nak ke Pasar Philipine pun senang, nak ke Tanjung Aru pun dekat, ke airport dalam 10-15 minit bergantung kepada trafik.... pendek kata lokasi memang mantop.

No comments:

Post a Comment